Thursday 14 April 2011

SMK Seri Serdang

 (Anda juga boleh layari laman web rasmi kami  di : smkseriserdang.net/portal)

Sesi persekolahan pertama pada tahun 1983 dengan 2 buah bangunan iaitu Blok A dan Blok B, kantin serta bengkel Seni Perusahaan. Pada 1987 Blok D telah dibina diikuti dengan Blok C pada tahun 1988 yang dirancang pembinaanya dan siap pada tahun 1991. Pada tahun 1992 bangunan Blok E telah dibina diikuti dengan bangunan Blok F pada tahun 1994. Pada tahun 1993 sebuah bangunan untuk Pejabat Pentadbiran Sekolah telah dibina berdekatan blok C. Dan pada tahun 2003 sebuah bangunan baru iaitu Blok A telah dibina yang mana selain menempatkan kelas ia juga menempatkan Pejabat Pentadbiran Sekolah yang baru dan lebih selesa.

Kini SMK Seri Serdang mempunyai 72 buah kelas, 6 buah makmal sains, 3 buah makmal komputer, bilik Audio Video, bilik guru, bilik mesyuarat, pusat sumber, bilik kaunseling, bilik sukan, bilik pengawas, koperasi, surau, pusat tarbiyah, bilik jahitan, bilik masakan, Kafe Seri dan pelbagai lagi kemudahan untuk guru dan pelajar di sekolah ini.

Kini sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan baru yang terdiri daripada 8 buah kelas dan juga makmal sains serta bengkel kemahiran hidup.

Sekolah ini mempunyai 2 sesi akademik iaitu di sebelah pagi yang bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.10 petang dan sesi petang yang bermula pada pukul 1.15 hingga 6.40 petang. Bilangan guru di sekolah ini melebihi 100 orang daripada pelbagai bidang. Bilangan pelajarnya pula melebihi 1000 orang. Dengan memegang visi "Melahirkan Warga Cemerlang Generasi Terbilang", semua warga sekolah berusaha keras untuk merealisasikan impian ini.

No comments:

Post a Comment